IBADAT (19).: FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Posted On 6:26 AM by Asatizah Maktab Sabah |

IBADAT (19).: FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH
1. Pengertian fardu Ain & Fardu Kifayah
1.1.FARDU AIN
Pengertian :

Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Islam. Berdosa jika tidak ditunaikan
Contoh :
Solat Fardu, Puasa, Zakat, Haji dll

1.2.FARDU KIFAYAH
Pengertian:

Perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat Islam. Jika tidak ada yang melaksanakannya, semua anggota masyarakat berdosa
Contoh:
Menguruskan jenazah, Solat berjamaah, Menguasai ilmu dan kemahiran dlm bidang yg diperlukan spt bidang pembuatan makanan, pakaian,pertanian,perubatan,teknologi maklumat dll


Umat Islam hendaklah melaksanakan bukan sahaja tuntutan Fardu Ain tetapi juga tuntutan Fardu Kifayah. Antara faktor umat Islam Ditindas hari ini adalah krn mereka mengabaikan tuntutan fardu kifayah.


2.Kepentingan fardu ain & fardu kifayah & akibat mengabaikan Fardu Ain &Fardu Kifayah

2.1 Kepentingan Fardu Ain:

· Kpd Individu:
- Melahirkan individu yg bertanggungjawab serta taat kepada perintah dan larangan Allah
- Melahirkan individu yang berilmu, beramal & berfikiran positif
- Hidup bermaruah dan dipandang mulia
- Melahirkan individu yg sentiasa peka dgn perkembangan umat Islam.

· Kpd Masyarakat:
- Masy akan mengamalkan cara hidup islam dalam semua aspek kehidupan
- Masy akan mendapat keberkatan & keredaaan Allah
- Amar makruf & Nahi munkar dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam masy

· Kepada Negara:
- Melahirkan warga negara yg berdisiplin & berakhlak mulia
- Syiar Islam dapat ditegakkan di seluruh negara
- Negara aman dan harmoni


Akibat mengabaikan Fardu Ain kepada diri:
-Mendorong seseorang utk melakukan larangan Allah
-Jiwa sentiasa tidak tenteram dan mudah digoda oleh syaitan
-Berakhlak buruk
-Hidup tidak mendapat keberkatan dan keredaan Allah


2.2 Kepentingan Fardu kifayah :

Kpd Individu :

- Melahirkan individu yg rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan
- Melahirkan individu yg mahir dan pakar dlm suatu bidang ilmu dan kemahiran
- Melahirkan individu muslim yg berilmu dan beramal

Kpd Masyarakat :
- Dapat memenuhi keperluan masy Islam sesuai dgn tuntutan syariat
- Masy Islam akan bertambah maju dlm semua bidang kehidupan
- Masy hidup dlm harmoni & bersatu padu
- Masy Islam dipandang mulia & disegani oleh masy lain

Kpd Negara :
- Negara dihormati dan disegani kerana merealisasikan tuntutan Islam
- Negara bertambah maju dlm segenap bidang
- Ekonomi negara bertambah mantap
- Negara sentiasa aman dan makmur

Akibat Mengabaikan Fardu Kifayah :
-Ketinggalan dalam semua bidang, terutama bidang ilmu pengetahuan & ekonomi
-Hidup dalam kemiskinan disebabkan tidak mempunyai ilmu dan kemahiran
-Dipandang rendah oleh masyarakat dan negara luar


3. PERBEZAAN FARDU AIN & FARDU KIFAYAH


3.1 FARDU AIN
1. Merupakan perkara yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim
2. Dosa dikenakan ke atas diri individu yang tidak melaksanakannya
3. Meliputi ibadat yang berkait secara langsung dengan Allah

3.2 FARDU KIFAYAH
1. Merupakan perkara yang diwajibkan ke atas sebahagian dari anggota masyarakat
2. Dosa dikenakan ke atas semua anggota masy jika ia tidak dilaksanakan
3. Meliputi ibadat yang mempunyai pertalian sesama manusia




SOALAN LATIHAN :

1)Nyatakan perbezaan di antara Fardu Ain dan Fardu Kifayah. (4M)
2)Terangkan 3 faedah fardu ain kepada individu ( 6M)
3)Berikan 3 akibat kepada individu yang mengabaikan fardu ain (6M)
4)Jelaskan 3 faedah fardu Kifayah kepada masyarakat (6M)
5)Apakah Faedah yang akan dicapai oleh negara ,jika Fardu Kifayah dapat dilaksanakan oleh umat Islam (4M)
6)Nyatakan 3 kesan buruk akibat mengabaikan fardu kifayah (6M)

edit post