HADIS (11) : PENGENALAN HADIS

Posted On 5:11 AM by Asatizah Maktab Sabah |

1. Pengertian Hadis dari segi Bahasa dan Istilah:
Dari Segi : Bahasa : Baharu / Khabar / Berita
: Istilah : Setiap Ucapan ( قول ) , Perbuatan ( فعل ) Pengakuan( تقرير )
dan Sifat yang disandarkan kepada Rasulullah Saw.

2. Peranan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam antaranya :
1. Menjelaskan dan menghuraikan maksud Al Quran
2. Memperkukuh dan memperkuatkan hukum yang terdapat dalam Al Quran
3. Mengadakan / menentukan hukum yang tidak disebut dalam Al Quran

3. Perbezaan antara Al Quran dan Hadis Rasulullah

3.1. Al Quran
1. Lafaz dan Makna daripada Allah
2. Sumber Hukum Pertama
3. Wahyu Allah yg disampaikan kpd Rasulullah
4. Disyaratkan berwuduk utk membawa & menyentuhnya
5. Tidak boleh membacanya ketikaberhadas besar.
6. Dibaca dalam solat

3.2. Hadis
1. Lafaz dan Makna daripada Rasulullah
2. Sumber Hukum Kedua
3. Adalah perkataan, Perbuatan dan Pengakuan Rasulullah saw
4. Tidak disyaratkan berwuduk utk membawa dan menyentuhnya
5. Boleh membacanya ketika berhadas besar
6. Tidak dibaca dalam solat

4. Perbezaan Hadis Qudsi & Hadis Nabawi

4.1. HADIS NABAWI
1. Lafaz & Makna daripada Rasulullah
2. Perkataan, Perbuatan & Pengakuan Rasulullah s.a.w.

4.2. HADIS QUDSI
1. Lafaz drpd Rasulullah & Makna drpd Allah
2. Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh
Rasulullah

5. Perawi hadis dan syarat-syarat perawi hadis

5.1. Perawi Hadis ialah : Orang yang menerima dan menyampaikan Hadis drpd Rasulullah saw

5.2. Syarat-syarat perawi Hadis :
1. Islam
2. Kuat hafazan ( ingatan)
3. Berakal
4. Menjaga Tulisan
5. Baligh
6. Waspada
7. Adil

6. Hadis aqwal dan Hadis af'al

6.1. Hadis aqwal Ialah : Hadis yg disampaikan berdasarkan Perkataan atau Ucapan Rasulullah
Contoh : ( Rujuk buku teks m/s : 78)
Maksudnya : Drpd Abu Hurairah r.a. : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila mati seseorang
anak Adam terputuslah amalannya kecuali 3 perkara : sedekah yang berkekalan, ilmu yg dimanafaatkan & Anak soleh yg mendoakannya "

6.2. Hadis af'al ialah : Hadis yang disampaikan berdasarkan perbuatan Rasulullah
Contoh : ( Rujuk buku teks m/s : 78)
Maksudnya : Drpd Aisyah r.a. berkata :" Rasulullah s.a.w. suka mendahulukan sebelah kanan, pada menyikat rambut, memakai kasut,bersuci dan pada semua keadaan"



SOALAN LATIHAN :
1. Nyatakan pengertian hadis dari segi bahasa Dan istilah
3.Apakah Hadis al-Aqwaal & Hadis al-Af'al .Berikan contoh
2. Jelaskan 2 pernan hadis .
4. Nyatakan 2 perbezaan antara Hadis Nabawi dan Qudsi
edit post