AQIDAH (14) : KONSEP AQIDAH

Posted On 5:21 AM by Asatizah Maktab Sabah |

1. Pengertian Aqidah:
Segi bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati.
Segi Istilah : Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah serta sifat-sifat kesempurnaannya berdasarkan dalil Naqli dan Aqli.

2. Ciri-ciri Aqidah yang betul dan Aqidah yang salah

2.1. Aqidah yang Betul

2.1.1. Aqidah yang betul ialah : Kepercayaan yang betul berlandaskan dalil al-Quran dan Sunnah

2.1.2. Ciri-ciri Aqidah yg betul ?

1-Kepercayaan yang teguh terhadap
kewujudan, keesaan dan kekuasaan Allah
2-Tidak menyekutukan Allah dgn sesuatu
3-Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah

2.2. Aqidah yang Salah

2.2.1. Aqidah yang salah ialah : Kepercayaan yang bercanggah dengan dalil Al-Quran dan Sunnah.

2.2.2. Ciri-ciri Aqidah yg salah ?
1-Menafikan kewujudan, keesaan dan kekuasaan Allah
2-Melakukan perbuatan yang mensyirikkan Allah
3. Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah


3. Tujuan mempelajari ilmu Aqidah :

1. Memantapkan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah
2. Dapat mengenal pasti aqidah yang betul & salah / sesat
3. Untuk mempertahan aqidah drpd diresapi ajaran yang menyeleweng
4. Menjaga iman supaya tetap & selamat di dunia dan di akhirat
5. Mendidik umai Islam mengenai akhlak & pekerti yang mulia


4. Aqidah berdasarkan 'Alam Syahadah'.

Alam Syahadah ialah : Setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhati dan
dikaji oleh pancaindera, seperti : pokok, matahari, bulan yang menjadi bukti kewujudan dan kekuasaan Allah


5.Hubungan Aqidah dengan Syariat ?

AQIDAH: Ialah kepercayaan dlm hati tentang kewujudan Allah, Malaikat. Kitab, Rasul , Hari Akhirat serta Qada' dan Qadar

SYARIAT: Ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau tegahan

6. HUBUNGAN ANTARA AQIDAH & SYARIAT :

§ Merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya tidak sempurna / pincang / rosak lah iman seseorang
§ Syariat adalah pelengkap kepada akidah - Akidah umat Islam dapat dinilai melalui ucapan, kelakuan & amalan tentang syariat


6.1. Elemen penting akidah & syariat :

AKIDAH
1. Kepercayaan kpd Allah
2. Kepercayaan kpd Malaikat
3. Kepercayaan kpd Rasul
4. Kepercayaan kpd Kitab
5. Kepercayaan kpd Qada' & Qadar

SYARIAT
1. Taat laksanakan perintah Allah
2. Melakukan kebaikan & meninggalkan kejahatan & kemungkaran
3. Mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w.
4. Melaksanakan hukum & menunaikan ibadat khusus
5. Berusaha untuk kebaikan di dunia & di akhirat



SOALAN LATIHAN :


1. Tuliskan 3 tujuan mempelajari ilmu akidah (6M)
2. Mengapakah akidah dan syariat tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan mukmin (2M)
3. Jelaskan 2 akibat seseorang pelajar yang tidak memahami asas ilmu akidah(4M) .
4. Terangkan 2 langkah yang perlu diambil untuk menyekat pengaruh nagetif kepada diri anda (4M)
edit post